Habib Nuh bin Muhammad Al Habsyi

Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid Junjungan Nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun berpulang ke rahmatUllah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Nabi s.a.w.: “Ya RasulAllah, marilah kita ziarah rumah kawan saya Muhammad Suhaimi.” Tetapi Junjungan Nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: “Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada Baginda Nabi s.a.w.: “Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni.” Setelah itu baharulah Junjungan Nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, hatta dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.

Ini cerita mimpi, percaya atau tidak terpulanglah, kuceritakan kisah ini sebagai pengenalan kepada ketinggian maqam seorang waliyUllah yang bermakam di Singapura. Beliau yang kumaksudkan dan kuharapkan keberkatannya bagi diriku dan ahli keluargaku serta sekalian muslimin adalah Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866M.

Habib Nuh bin Muhammad Al Habsy adalah seorang wali Allah yang telah menghabiskan masa hidupnya di singapura. Makam beliau terletak disebuah bukit, yaitu diPalmer Road, Tanjong Pagar, Singapura.

Habib Nuh Al Habsy berasal dari kedah, malaysia. Beliau berketurunan Rasulullah s.a.w. mengikuti nasab Ali Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak yang mengetahui kehidupan beliau diusia muda. Neliau adalah 4 bersaudara, yaitu Habib Noh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.

Beliau menikah dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.

Dari beberapa sumber menceritakan bahwa Habib Nuh sampai ke Singapura tidak lama setelah Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada waktu itu sekitar tiga puluh tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan banyak usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, akan tetapi beliau banyak berdakwah ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia

Beliau adalah seorang yang amat wara. Waktu malamnya beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau juga sering berkunjung ke makam-makam untuk selalu mendoakan roh-roh yang telah meninggalkan jasad.

Habib Nuh sangat diidolakan oleh masyarakat, baik yang tua, muda dan bahkan anak-anak. Sering orang melihat karamah-karamah beliau. Beliau juga sering memberikan permen dan uang kepada anak-anak, fakir miskin dan yang memerlukan. Habib nuh sangat sayang kepada anak-anak karana mereka adalah ahlul Jannah [ahli Syurga]. Masyarakat sangat senang jika dikunjungi oleh habib nuh, karena akan banyak anak-anak yang datang dam mengambil makanan di warung/kedai mereka, dan itu akan memberikan berkah tersendiri kepada mereka.

Habib Nuh mempunyai banyak sekali karamah selama hidupnya. Beliau pernah dipenjarakan oleh penjajah, tapi anehnya Habib Nuh tetap berada di luar penjara, walaupun dalam penjara kaki dan tangannya dirantai beliau masih bisa keluar, sehingga penjajah tidak bisa lagi untuk memenjarakan beliau.

Habib Nuh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, banyak sekali cerita yang menunjukkan karomah habib Nuh disaat mengobati anak-anak. beliau juga tidak segan segan berjalan jauh untuk mengobati. Pernah diceritakan bahwa beliau pernah mengubah air kelapa menjadi air susu dan diberikan kepada anak dari seorang keluarga miskin yang sedang sakit.

Diceritakan lagi bahwa pada satu ketika ada seorang saudagar yang sedang dalam pelayaran ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul badai yang kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari angin ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan sebuah kain kepada Habib Nuh. Alhamdulillah, dia dan barang dagangannya diselamatkan Allah dari keganasan angin ribut tersebut. Setibanya di Singapura, dia sangat heran kerana Habib Noh telah sedia menunggu kedatangannya di pelabuhan dan memintanya melaksanakan nazar yang telah dibuatnya di tengah laut itu.

Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Nuh di perlabuhan. Habib Nuh menahan barang2 yang berharga yang dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang2 tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;
“Tidak boleh membawa barang-barang yang berharga.”
Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahwa kapal tersebut telah terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah orang2 yang mempunyai barang2 tersebut sadar hikmah dibalik larangan Habib Nuh itu.

Pada satu saat ada seorang India Muslim yang balik ke India melewati jalan laut untuk. Dia telah berniat bahwa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan menghadiahkan kepada Habib Nuh satu hadiah. Ketika dia pulang, dia terkejut karena melihat Habib Noh sudah menunggunya di tepi laut.
Habib Nuh berkata kepadanya “Saya percaya bahwa anda sudah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”
Habib Noh menjawab, “Saya ingin beberapa gulung kain kuning untuk bersedekah kepada orang miskin, yang memerlukannya dan anak-anak.”
Sambil memeluk Habib Nuh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah karena baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”Habib Nuh al-Habsyi wafat pada hari Jum’at, 14 Rabi`ul Awwal 1283H. Sebelum meninggal, beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang sedikit aneh karena tempat yang ditunjukkannya itu adalah terpencil dari kuburan orang Islam dan berada di tepian laut. Maka keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya dimakamkan saja di tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan jenazah dan ketika hendak dibawa ke tanah pemakaman biasa, jenazah beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang hendak membawanya. Diceritakan puluhan orang mencoba untuk mengangkat jenazah tersebut, semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi wasiat Habib Nuh tentang tempat pengkebumiannya. Maka ketika jenazahnya hendak dibawa ke tempat menurut wasiatnya tersebut, maka orang-orang yang membawanya merasa jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka mengusungnya. Makam beliau tetap terpelihara sehingga sekarang dan menjadi tempat ziarah bagi mereka yang mencintai para Aulia Allah

Banyak sekali cerita dari karamah-karamah beliau yang patut kita teladani dan kita dapat mencontohi jejak langkah beliau dalam mengikuti perjalanan para leluhurnya sambung-menyambung sehingga ke hadhrat JunjunganRasulullah s.a.w.

Sumber:
Tujuh Wali Melayu
Sheikh Hassan Abdullah Al-Khatib, penjaga makam Habib Nuh

 

Comments

So empty here ... leave a comment!

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Sidebar